toward-a-nuclear-free-world

Reporting the underreported threat of nuclear weapons and efforts by those striving for a nuclear free world. A project of The Non-Profit International Press Syndicate Japan and its overseas partners in partnership with Soka Gakkai International in consultative status with ECOSOC since 2009.

INPS Japan
HomeLanguageMalayUN Group Explores Ways Out of Nuclear Stalemate - Malay

UN Group Explores Ways Out of Nuclear Stalemate – Malay

-

Kumpulan PBB Meneroka Cara Keluar Daripada Kebuntuan Nuklear

Analisis oleh Jamshed Baruah

GENEVA (IDN) – Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu telah menugaskan Kumpulan Kerja Hujung Terbuka (OEWG) untuk mengeluarkan cetakan biru untuk membangunkan dunia yang bebas daripada senjata nuklear. Dua sesi kumpulan – 22-26 Februari dan 2-13 Mei – gagal mencapai persetujuan dalam pelan draf. Tetapi sesi tiga hari terakhir dalam bulan Ogos telah diperuntukkan untuk merundingkan laporan akhir dengan pengusulan cadangan kepada Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu.

Laporan tersebut adalah wajar dalam menyatakan – seperti yang telah diberitahu oleh Beatrice Fihn, Pengarah Eksekutif Kempen Antarabangsa Menghapuskan Senjata Nuklear (ICAN) kepada OEWG pada 13 Mei – bahawa “sebahagian besar daripada kerajaan dunia telah bersedia dan mahu memulakan rundingan instrumen yang tertakluk kepada undang-undang yang baharu untuk melarang senjata nuklear”. Malah, ini juga tanpa penyertaan daripada negara-negara bersenjata nuklear.

Lebih kurang 100 kerajaan telah menyertai dalam tempoh dua minggu dalam bulan Mei dan banyak lagi yang menghulurkan sokongan mereka melalui kertas kerja bersama daripada kumpulan Ikrar Kemanusiaan yang terdiri daripada 127 buah negara.

Kerajaan yang menyertai tidak tergugat oleh boikot yang berterusan kumpulan kerja oleh sembilan buah negara bersenjata nuklear: AS, Rusia, China, Perancis, dan Britain serta Israel, India, Pakistan, dan Korea Utara.

ICAN memainkan peranan pemutus dalam menggalakkan sokongan daripada masyarakat sivil, termasuk organisasi berasaskan agama. Satu pernyataan bersama antara fahaman dikeluarkan pada 2 Mei, menitikberatkan kepentingan moral dan etika dalam pemusnahan senjata nuklear. Pernyataan tersebut, yang disokong oleh 35 kumpulan dan individu keagamaan, telah disampaikan kepada Pengerusi OEWG, Duta Thani Thongphakdi dari Thailand pada 3 Mei.

Menekankan peranan utama masyarakat umum, UNFOLD ZERO menyatakan: “Kini terdapat momentum kuat untuk permulaan rundingan berbilang pihak pada tahun 2017 untuk pelucutan senjata nuklear – sesuatu yang telah terhalang untuk selama 20 tahun.”

Organisasi gabungan UNFOLD ZERO termasuk Datuk Bandar Demi Keamanan, Depoh Keamanan, Ahli-ahli Parlimen Demi Pengawalan dan Pelucutan Senjata Nuklear (PNND), Pejabat Kedamaian Basel, Persatuan Antarabangsa Peguam Menentang Senjata Nuklear (IALANA) dan Inisiatif Kuasa Pertengahan telah menyiapsediakan sokongan kritikal.

Cadangan telah diperincikan dalam kertas kerja 34 OEWG – Perspektif daripada zon bebas senjata nuklear oleh sekumpulan negara yang telah pun melarang senjata nuklear di rantau mereka melalui zon bebas senjata nuklear (NWFZ). 115 buah negara menjadi sebahagian daripada NWFZ yang meliputi Amerika Latin, Pasifik Selatan, Antartika, Asia Tenggara, Afrika dan Asia Tengah.

Sembilan daripada negara ini (Argentina, Brazil, Costa Rica, Ecuador, Guatemala, Indonesia, Malaysia, Mexico dan Zambia) telah menyerahkan cadangan kepada OEWG untuk “Mengadakan Persidangan pada tahun 2017, terbuka kepada semua Negara, organisasi antarabangsa dan masyarakat umum, untuk merundingkan instrumen yang tertakluk kepada undang-undang untuk melarang senjata nuklear” dan “untuk melapor kepada Bangsa-bangsa Bersatu persidangan antarabangsa tahap tinggi terhadap pelucutan senjata nuklear untuk diadakan tidak lewat dari tahun 2018…tentang kemajuan yang telah dicapai dalam rundingan instrumen tersebut”.

Rancangan tersebut telah disokong oleh sebilangan Negara tidak bersenjata nuklear dan organisasi masyarakat sivil ketika sesi OEWG. Walau bagaimanapun, tiada satu pun negara di bawah payung senjata nuklear – negara NATO tidak bersenjata nuklear, Jepun, Korea Selatan dan Australia – bersetuju dengan cadangan. Negara-negara yang bersenjata nuklear, yang tidak menyertai OEWG, juga menentang cadangan.

Banyak Negara tidak bersenjata nuklear yang menyertai OEWG mempertikaikan bahawa persetujuan daripada negara yang bergantung kepada senjata nuklear tidak diperlukan untuk merundingkan perjanjian berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak-pihak lain mempertikaikan bahawa sekiranya perjanjian seperti itu tidak memasukkan sekurang-kurangnya beberapa negara yang bergantung kepada senjata nuklear, ia akan memberi sedikit atau tiada kesan terhadap dasar dan amalan senjata nuklear. Sesetengahnya juga mempertahankan bahawa ia tidak produktif apabila tekanan ditarik balik untuk negara yang bergantung kepada senjata nuklear menerapkan langkah sementara ke arah pemusnahan senjata nuklear.

Pilihan-pilihan lain untuk rundingan pelucutan senjata nuklear yang dicadangkan yang berkemungkinan besar akan menarik sokongan daripada negara-negara yang bergantung kepada senjata nuklear dan seterusnya memberi kesan secara langsung ke atas dasar mereka.

Ini termasuk, ‘pendekatan blok binaan’ dan perjanjian rangka kerja untuk pelucutan senjata nuklear, sama seperti Persidangan Rangka Kerja ke atas Perubahan Cuaca UN 1992 (UNFCCC). Ia telah dibangunkan oleh kertas kerja Inisiatif Kuasa Pertengahan kepada OEW: Pilihan untuk Perjanjian Rangka Kerja.

Penyokong perjanjian rangka kerja mencadangkan agar ia “boleh memasukkan pengukuran larangan yang lebih kuat semasa awal proses, sambil masih juga melibatkan negara-negara yang tidak dapat menerapkan pengukuran seperti itu di tempat mereka”.

Walau bagaimanapun, banyak Negara tidak bersenjata nuklear mengkritik pendekatan ‘blok binaan’ dan cadangan perjanjian rangka kerja sebagai tidak menggalakkan pengukuran kuat yang mencukupi dalam tempoh terdekat. Mereka mempertikaikan bahawa perjanjian larangan yang jelas adalah lebih baik walaupun ia tidak memasukkan negara yang bergantung kepada senjata nuklear.

Salah satu sebab utama negara-negara bersenjata nuklear tidak menyertai OEWG, dan mengapa negara di bawah ‘payung senjata nuklear’ tidak menyokong perjanjian larangan senjata nuklear, ialah kerana negara-negara ini masih bergantung kepada senjata nuklear mereka untuk keselamatan negara mereka.

Analisis UNFOLD ZERO menyebut: “OEWG mengadakan perbincangan berguna tentang peranan senjata nuklear pada abad ke-21 dan sama ada peranan senjata nuklear boleh dinyahkan sama sekali, termasuk ketika waktu ketegangan meningkat sekarang dan konflik antara negara-negara yang bergantung kepada senjata nuklear.”

Sebilangan Negara yang tidak bersenjata nuklear dan organisasi masyarakat umum menekankan kemungkinan untuk mencapai keselamatan, mengurangkan ketegangan dan menyelesaikan konflik antarabangsa melalui cara alternatif.

Ini termasuk, diplomasi, undang-undang, pengantaraan, penimbangtaraan, penghukuman dan penggunaan mekanisme keselamatan bersama di Bangsa-bangsa Bersatu, Organisasi untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) dan badan-badan lain. Sesetengah delegasi memaklumkan bahawa perjanjian dengan Iran baru-baru ini adalah contoh yang wajar diikuti.

Sebilangan negara dan NGO memfokuskan isu-isu berbeza – kekurangan kesanggupan politik dan iltizam daripada Negara yang bergantung kepada senjata nuklear terhadap pelucutan senjata nuklear. Inisiatif Kuasa Pertengahan, Persatuan Kawalan Senjata, Pejabat Kedamaian Basel, Ahli-ahli Parlimen Demi Pengawalan dan Pelucutan Senjata Nuklear (PNND) dan UNFOLD ZERO mencadangkan siri Sidang Puncak Pelucutan Senjata Nuklear dalam usaha membina kesanggupan politik seperti itu.

Cadangan – dalam kertas kerja MPI kepada OEWG bertajuk Sidang Kemuncak Pelucutan Nuklear: Membina tarikan politik untuk penerapan dan pelaksanaan pengukuran dan norma undang-undang, sebahagiannya adalah diilhamkan daripada kejayaan Sidang Kemuncak Keselamatan Senjata Nuklear, yang membina kerjasama dan iltizam untuk menghalang keganasan senjata nuklear.

Sidang Kemuncak Pelucutan Senjata Nuklear – siri pertemuan dua hala (AS-Rusia) dan berbilang pihak di peringkat ketua-ketua kerajaan – akan meningkatkan perhatian media dan pihak awam tentang isu dan meningkatkan tekanan ke atas negara-negara yang bergantung kepada senjata nuklear untuk menerapkan pengukuran pelucutan senjata utama, penyokong cadangan mempertikaikan.

Sumber-sumber diplomatik menganggapnya tidak berkemungkinan bahawa kata sepakat akan dicapai dalam sama ada perjanjian larangan (cadangan yang paling popular antara Negara-negara tidak bersenjata nuklear) atau pendekatan (‘progresif’) blok binaan yang popular di kalangan negara-negara yang bergantung kepada senjata nuklear.

Persetujuan seperti itu akan, sebagai contoh: menegaskan semula kewajipan pelucutan senjata dalam Artikel VI Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan undang-undang antarabangsa yang lazim; memperakui kesan langsung kemanusiaan letupan senjata nuklear dan menegaskan ketidakserasian penggunaan senjata nuklear dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa; dan menyatakan objektif bersama untuk melanjutkan selama-lamanya amalan untuk tidak menggunakan.

Ia juga akan menggariskan sasaran tidak tertakluk untuk mencapai pengurangan dan pemusnahan senjata nuklear dalam “tempoh masa aspirasi”; menetapkan proses untuk mencapai sasaran ini, termasuk rundingan lanjut dan mekanisme pelaporan. Selain itu, ia juga bersetuju dengan pengukuran sokongan seperti kerja-kerja lanjut ke atas pengesahan, pembinaan keyakinan dan menubuhkan keselamatan tanpa senjata nuklear. [DN-InDepthNews – 15 Mei 2016]

Most Popular